Saturday 19 April 2014

Aswj vs anti hadis ( terbaru )

Debat antara aswj dan golongan anti hadis

Semuanya bermula dari ceramah ustaz hazrizal

https://m.youtube.com/watch?v=RFMhdTDg0hM&feature=youtube_gdata_player

Dijawap oleh saudara farouk a peru

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/respons-kepada-hasrizal-abdul-jamil-isu-anti-hadith-farouk-a-peru

Jawapan balas ustaz hazrizal dan ustaz rozaimi ramle

http://saifulislam.com/2014/03/maklum-balas-farouk-a-peru-kepada-artikel-saya

http://rozaimiramle.blogspot.com/2014/03/jawapan-kepada-kekeliruan-sebahagian.html?m=1

Saudara farouk menjawap semula

http://quranisnusantara.wordpress.com/2014/04/13/dialog-bersama-encik-rozaimi-bhg-1/

http://quranisnusantara.wordpress.com/2014/04/17/dialog-bersama-encik-rozaimi-bhg-2/

http://quranisnusantara.wordpress.com/2014/04/17/dialog-bersama-encik-rozaimi-bhg-3/

Ustaz rozaimi menjawap semula

http://rozaimiramle.blogspot.co.uk/2014/04/penilaian-terhadap-tulisan-saudara.html?m=1

==========

Al-Baqarah - ayat 111

"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar"."

Alhamdulillah banyak persoalan dari golongan anti hadis yang telah dijawap oleh aswj

Apa pun admin berhasrat menjawap beberapa persoalan yang mungkin terlepas pandang oleh 2 orang ustaz ini

1. Dari link ini
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/respons-kepada-hasrizal-abdul-jamil-isu-anti-hadith-farouk-a-peru

Saudara farouk berkata :

Sebenarnya dalam warisan tradisi ilmu Ahl As-Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) sendiri, amalan mempersoalkan dan malahan menolak hadis adalah perkara biasa.

Para ulama Wahabi umpamanya banyak dikritik oleh ulama ASWJ yang lain kerana menolak hadis-hadis yang sebelumnya dikatakan “sahih”. Jadi sebenarnya, dalam sejarah ASWJ sendiri ada gerakan anti hadis.

Jawapan admin :

Sebagaimana syiah maka golongan "quraniyun" juga terpaksa berpaut pada ulama aswj untuk membenarkan ajaran mereka

Mempersoal dan menolak adalah dua maksud yang berbeza

Dan menolak suatu hadis kerana ijtihad tapi mengakui alquran dan as-sunnah sebagai sumber hukum dengan menolak dan mempersoal dan menolak hadis secara total juga adalah berbeza

Tapi yang unik dalam aswj mereka saling melengkapi supaya alquran dan as-sunnah tetap menjadi sumber hukum yang utama

Saudara farouk berkata :

aliran fikrah pertama dalam Islam adalah kaum Muktazilah iaitu golongan yang mementingkan penggunaan akal. Mereka ini sangat mempersoalkan bacaan-bacaan literal Islam yang diutarakan oleh pentafsir-pentafsir ASWJ yang berasal daripada hadis.

Jawapan admin :

Bagi aswj muktazilah satu golongan yang terkeluar dari aswj.. Jadi hujah akal mereka juga tertolak

Saudara farouk berkata :

Kaum Muktazilah digelar “ahl al-kalam” yang boleh difahami sebagai orang-orang yang mengikut kitab Allah.

Quranis-quranis juga muncul pada abad 19 di India dan Mesir. Mereka ini tidak dirakamkan dalam sejarah sebagai orang yang membaca karya-karya orientalis.

Malahan mereka menggunakan hujah-hujah daripada Al-Quran sendiri untuk mempertahankan posisi-posisi mereka. Tidak ada quranis pada zaman itu yang menggunakan teori-teori Goldziher, Schact, Margoliuth dan sebagainya. Dakwaan Hasrizal tidak ada bukti sebenarnya.

Jawapan admin :

Kelompok Anti Hadith ada DUA :

1)  Anti hadith Dhaif saja, hadith Sahih dan Hasan mereka terima.

2) Anti semua hadith, tak kira hadith tu Sahih, Hasan, atau Dhaif.

Kelompok yang pertama adalah apa yang saudara farouk gelar sebagai ahlul-kalam

Manakala kelompok kedua adalah mereka yang berasal dari dr.goldhizer yang terdapat pada zaman ini

Bukti boleh dilihat pada hujah2 yang digunakan oleh anti hadis moden yang berasal dari buku2 orientalis yahudi ini

2. Di link
http://quranisnusantara.wordpress.com/2014/04/17/dialog-bersama-encik-rozaimi-bhg-2/

Saudara farouk berkata :

Maaf tapi kitab-kitab ini tidak wujud. Sarjana hadis ASWJ sendiri, Mustafa Azami telah mengesahkan maklumat ini dalam bukunya ‘Studies in Early Hadith Methodology’ di mana beliau mengaku yang kitab-kitab ‘hadis awal’ ini hanya wujud dalam tulisan kitab-kitab yang datang kemudian.

Jawapan admin :

Rujukan pada buku "Studies in Early Hadith Methodology" muka surat 73-75 menujukkan Mustafa Azami membahagikan kitab hadis kepada 3 era

- Buku kecil
- Buku
- Kitab hadis

Maksudnya sarjana hadis ini mengakui hadis telah dibukukan sejak zaman awal lagi

Saudara farouk berkata :

Jika Bani Umayyah memberi arahan ini, di manakan kitab-kitab tersebut? Mengapa ada jurang perbezaan yang agak besar wujud di antara pembukuan Al-Quran dan hadis. Mengapa Al-Quran yang dibukukan kononnya pada zaman Khalifah Uthman ibn Affan wujud sehingga hari ini tapi kitab-kitab hadis ‘awal’ tidak? Kalau hadis diberi penghormatan sama seperti Al-Quran maka hadis patutnya dikumpulkan dari awal dan kitab-kitab itu patut wujud sehingga hari ini. Bolehkah kita bayangkan yang Al-Quran ada edisi-edisi lama dan edisi baru yang menambah atau mengeluarkan ayat-ayat tertentu? Sudah tentu tidak. Ini .hanya berlaku dengan Bible saja.  Orang Islam begitu tekun menjaga isi Al-Quran dari dahulu sehingga sekarang.

Jawapan admin :

Apakah al Quran diturunkan sudah dalam bentuk bertulis? Kalau nabi sendiri yang menulisnya, mana bukti kitab yang ditulis oleh Muhammad saw? Mana ayat mengatakan bahawa nabi menulis Al quran dengan tangan  baginda sendiri? Kitab Al quran tertua di jumpai di dunia ialah kompilasi Uthman r.a yakni khalifah yang ketiga

http://www.islamicity.com/articles/articles.asp?ref=bb0601-2875

yang mana kalau diikutkan juga periwayat hadis-hadis. Macam mana boleh diterima al Quran dari uthman, tetapi di tolak hadis dari orang yang sama? tidakkah itu bercanggah.

Jadi kitab2 yang awal mungkin masih ada dan tiada tetapi bukan tidak wujud

Ini adalah salinan hadis tertua yang masih dalam simpanan

http://www.islamic-awareness.org/Hadith/hadith.html

Admin juga menyarankan saudara membaca keseluruhan buku sarjana hadis yang disanjung sebelum yang membuktikan as-sunnah itu wujud.

3. Di link
http://quranisnusantara.wordpress.com/2014/04/17/dialog-bersama-encik-rozaimi-bhg-3/

Saudara farouk berkata :

Maaf Tuan, tapi pada saya perkataan ‘aql’ itu perkataan yang relevant dalam hal ini. Adakah hadis ini datang dari Rasulullah? Al-Bukhari berfikir begitu. Jadi kalau Rasulullah menggunakan kalimah aql sudah tentu dia tahu yang Al-Quran mengkondem (condemns) orang yang tidak menggunakan aql (8/22 dan 7/179 umpamanya). Bahkan orang sebegini akan masuk neraka, kata Al-Quran (67/10)!

"sudah tentu dia tahu yang Al-Quran mengkondem (condemns) orang yang tidak menggunakan aql (8/22 dan 7/179 umpamanya)."

Jawapan admin :

Terjemahan sheikh abdullah bismeih

Al-araf

[179]
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai

Al-anfal

[20]
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
[21]
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: “Kami dengar”, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
[22]
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).
[23]
Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah Ia menjadikan mereka dapat mendengar; dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar juga (dengan keadaan yang demikian), nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.
[24]
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Konteks ayat adalah penggunaan akal dalam batasan wahyu

Dan Allah juga berfirman tentang keterbatasan akal manusia

Al-israk

[85]
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

Maka disebabkan itu lah kite perlu ada panduan hadis yang menjelaskan alquran supaya tidak tersasar keluar dari landasan

Saudara farouk berkata :

Tapi Al-Quran sendiri mengatakan yang pada hari itu tiada syafaat langsung. Tiga kali fakta ini ditekankan (2/48, 2/123 and 2/254).

Jawapan admin :

Bukankah al-Quran sendiri menceritakan bahawa syafaat tidak dibenarkan melainkan kepada sesiapa yang diredhai Allah? [Lihat Surah al-Anbiya’: 28] Ini bermakna syafaat sabit dengan redha Allah.

Jadi apakah saudara farouk bersetuju percanggahan wujud????

Penjelasan

Untuk hal ini kajian lanjut ke atas alquran perlu dilakukan dan ini memerlukan ilmu ( tafsir dll )

Sebenarnya 3 ayat yang dibawakan oleh saudara farouk 2/48, 2/123 and 2/254 adalah penafian Allah ke atas syafaat syirik yang disangka oleh orang kafir dan penzalim

Yunus

[18]
Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: “Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.”

Ghaffir

[18]Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.

Dan secara berasingan hadis-hadis yang menerangkan kebolehan nabi memberi syafaat kepada umatnya di Hari Akhirat kelak, ia sebenarnya adalah dengan izin Allah.

Selain surah al-anbiya ayat 28 ayat ini juga menyokong kukuh hadis ini

Al-baqarah ayat 255

..... Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya ......

No comments:

Post a Comment